Gejala keruntuhan akhlak dan moral terutamanya di kalangan remaja kelihatannya bagaikan air pasang yang tidak mahu surut-surut malah ianya semakin meninggi dan kian melimpah. Rasanya tidak patut menuding jari ke arah mereka lalu berleter panjang terhadap mereka, tanpa kita mengenal pasti penyakit yang mereka hidapi. Jadi wahai teman2 ku yang berpelajaran tinggi,belajar tentang itu,belajar tentang ini ayub kita bersama-sama mengHulurkan tangan,idea,pandangan,dan lain2 lg untuk bersama-sama menarik mereka kembali ke pangkuan Agama.
Sebenarnya mereka dahagakan pendidikan agama untuk bernafas dengan selesa. Jadi ayuh kita Padamkan API KeJahilan yang telah merebak dengan segera di dalam tubuh badan para remaja hari ini...
Semua pihak perlu insaf, bahawa sebenarnya Generasi Muda pada hari ini adalah gambaran umat pada masa hadapan. Jadi kita sebagai Remaja yang berfikiran bijak pandai ini tahu bahawasanya Ibu Bapa perlu memastikan anak-anak mereka mendapat pendidikan agama yang sempurna..
wahai kawan2, teman2, sahabat2 yang di Hormati....
marilah kita berfikir sejenak dengan fikiran yang jernih. tanpa pendidikan agama yang sempurna,manakah mungkin lahirnya :
- Anak Soleh yang menDoakan Ibu Bapanya.
- Cucu Soleh yang menDoakan Datuk dan Neneknya.
- Murid Soleh yang menDoakan para Guru-Gurunya dan Pensyarah2nya.
- Rakyat Soleh yang menDoakan Pemimpinya.....
kawan2,sahabat2,teman2 kita tidak hidup dengan menongkat langkit. daun usia semakin hari semakin luruh. Sebelum kita semua menutup mata, marilah kita pastikan Bahawa Generasi yang bakal kita Hadapi,tinggalkan atau sebagainya nanti tahu, mahu dan mampu :
- Mengucap Dua Kalimah Syahadah
- Melaungkan Azan dan Iqamat.
- Mengerjakan Solat Lima Waktu
- Mengerjakan Solat Jenazah
- Menjadi Iman Solat BerJemaah
- Membaca Doa
- Membaca AL-QUrAn
- Memahami dan Menghayati Seluruh ajaran ISLAM....
kawan,teman, sahabatku jika tidak nanti kita akan dicela oleh generasi yang akan datang kerana mengabaikan Pendidikan agama untuk mereka!....Mahukah kita?!, Sanggupkah Kita?!!.. jadi Tepuk dada tanyalah Iman.....
jadi kawan2 ku semua... Apalah ertinya satu tangan membina Generasi dengan Pendidikan Agama, sedangkan tangan yang satu lagi MERUNTUHKANNYA, sebagaimana kata penyair arab :
"Bilakah bangunan siap sepenuh
Engkau membina, mereka meroboh
Binaan tiada tegak dan teguh
Jika dibina, kemudian diruntuh."
jadi kepada sahabt2, teman2, kawan2 yang mengenali ku ini.JOM!!!! kita Berilah sokongan padu kepada golongan remaja-remaja yang membina umat. Di samping itu tahanlah Remaja-Remaja yang meruntuhkan umat......................
No comments:
Post a Comment